Thursday, 10 April 2014

EBook ketam atau Ebook Crab Crips

Saya di dalam perancangan dan mendraf ebook yang akan diberikan secara percuma kepada semua pelanggan CrabCrips (pelanggan sahaja yer). Dalam ebook ini saya akan memberikan

  • resepi-resepi yang menggunakan CrabCrips
  • resepi-resepi Ketam
  • resepi-resepi sos dipping crab 
Tetapi berapa banyak senarai resepi itu belum muktamat lagi . Saya tengah mencuba dan menyemak resepi mana yang senang dibuat dan menjadi kesukaan ramai . Saya pasti ramai penggemar ketam akan tertunggu-tunggu ebook ini . Insyaallah saya akan mencuba sebaik mungkin


  

Crab Crips di Restoren Mee Ketam Seksyen 7 Shah Alam

Sempena dengan makan makan bersama ketam...Kini anda yang berada di Shah Alam boleh mendapatkan Crab Crips berperisa Original dan Kari di  


bermula dari hari Sabtu 15 April 2014

Selain dapat menjamu selera mee ketam yang terkenal di Seksyen 7 ini anda juga boleh menikmati CrabCrips yang ranggup ini. Ingin mencuba kelainan, dapatkan CrabCrips dan cuba pecah-pecahkan dan taburkan didalam mee ketam anda . Anda pasti tertawan dengan kelainannya... Jom apa lagi dapatkan CrabCrips .. Jom kita serbu Restoren Mee Ketam Seksyen 7 Shah Alam yang sangat terkenal dengan kelazatan mee ketamnya.

 





Wednesday, 9 April 2014

Crab Crips Santapan Ringan

Crab Crips sesuai untuk dimakan sebagai snek di pejabat, rumah, sekolah dan sangat digemari oleh semua pihak. Kerepek yang ranggup dan sedap dimakan. Datang dalam 2 rasa...original dan kari..Jom pilih mana pilihan anda.






Tuesday, 8 April 2014

Pantang Larang Selepas Makan Ketam

Apabila kita sebut ketam pasti ramai yang menelan air liur dan membayangkan keasyikan dan kesedapan isi ketam. Masing-masing semua membayangkan resepi kesukaan mereka. Ketam mempunyai banyak khasiat contohnya seperti kalsium, zat fosforus, zat besi dan vitamin A. Ketam juga mengandungi asid glutamat, asid amino dan zat asid lain yang diperlukan oleh tubuh manusia.


Namun perlu diingatkan di sini bahawa ketika memakan ketam beberapa makanan perlu dihindarkan (dengan kata lain jgn makan bersama) kerana ianya tidak baik untuk kesihatan jika diambil bersama.Antaranya ialah :


1. BUAH PISANG KAKI (PERSIMMON)

Setiap tahun semasa musim menuai ketam, bersamaan pula musim menuai buah pisang kaki. Walaupun musim menuai yang sama, namun mereka bermusuhan semasa dihidangkan di meja makan. Daging ketam banyak mengandung protein, sedangkan buah pisang kaki mengandungi banyak asid tanat (asid yang dapat menghancurkan protein). Jika keduanya diambil serentak, asid tanat dalam buah pisang kaki akan membuat protein yang ada dalam daging ketam beku menggumpal, sehingga sukar untuk dicerna, dan apabila terlalu lama berada dalam usus, gumpalan itu akan meragi dan membusuk, sehingga menyebabkan rasa mual, muntah, sakit perut, cirit birit dan sebagainya.


2. TEH



Kebanyakan orang setelah makan ketam ada yang akan minum teh, mereka menyangka dapat membantu pencernaan. Akan tetapi ia hanya menyebabkan pencernaan terganggu. Minum teh semasa makan ketam akan mencairkan otot perut. Bukan saja mempengaruhi pencernaan dan daya serap, namun juga menurunkan fungsi pembasmi kuman dari dinding perut, sehingga bakteria dapat hidup bebas dalam perut. Selain itu air teh juga mengandungi asam tanat yang sama dengan buah pisang kaki, dan efeknya lebih kurang sama. 



3. BUAH PEAR

Meskipun buah pear adalah ubat untuk mengurangkan kekeringan pada musim gugur, tetapi sewaktu memakan ketam sebaiknya diberi tempoh waktu. Khususnya bagi penderita limpa perut lemah dingin harus lebih memperhatikan masalah ini. Hal ini demikian kerana buah pear adalah makanan yang bersifat dingin, makan bersama dengan ketam yang bersifat dingin , akan melukai limpa perut, mengakibatkan pencernaan terjejas. Dengan alasan yang sama, selepas makan ketam juga tidak sesuai segera minum air berais, makan aiskrim atau minuman dingin yang lain, kerana akan mengakibatkan cirit birit. 



4. DAGING KAMBING


Daging kambing juga tidak baik dimakan beriring hidangan ketam. Hal ini kerana daging kambing bersifat panas, sedangkan daging ketam bersifat dingin. Apabila diambil serentak, tidak saja akan mengurangi fungsi memperkuat dan menghangatkan dari daging kambing, bahkan juga akan mengganggu limpa perut. Dengan alasan yg sama, ketam juga tidak sesuai dimakan dengan ikan keli yang berfungsi memperkuat dan menghangatkan.

Monday, 7 April 2014

Di Mana Kami ?

Kami merupakan penjual dan usahawan Bumiputra yang bertempat di Puchong Perdana. Dimana Puchong Perdana..Haaaa. Anda tahu dimana IOI Mall, Setiawalk.. Puchong Tesco.. Jika Anda tahu tempat-tempat tersebut, maknanya mudahlah anda untuk sampai ke Puchong Perdana.

Apa lagi hubungi saya jika anda ingin mendapatkan Crab Crips yang ranggup dan sedap dimakan. Ataupun anda juga boleh hubungi saya sekiranya ingin menjadi agent .



Tel : 017-3586889 / 017-6219197

Ketam yang Haram dan Ketam yang Haram

Ketam nipah adalah harus dimakan atau halal. 
Manakala ketam batu adalah haram dimakan. 

Kebanyakkan ulamak mengatakan binatang hidup dua alam adalah haram dimakan.

Imam Syafie, Imam Nawawi, Imam Hambali mengatakan haram memakan binatang dua alam ini berdasarkan hadis Rasulullah.


“Dihadapan Rasulullah S.A.W. seorang tabib memeperagakan semacam ubat dan dia menyebutkan tentang hal katak yang dimasukkan ke dalam ubat itu. Rasulullah S.A.W. melarang kita membunuh katak itu.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan An-Nasa’I)




Jom kita lihat apa beza ketam nipah (halal) dan ketam batu (haram) supaya kita tak tersalah beli atau makan.

Apa itu Ketam?

Ketam adalah krustasia decapod dari infraorder Brachyura, dimana biasanya mempunyai "ekor" yang amat pendek (Greekbrachy = pendek, ura = ekor), atau di mana abdomennya adalah seluruhnya tersembunyi di bawah thoraks. 

Mereka umumnya diliputi dengan satu cengkerang eksoskeleton tebal, dan dilengkapi dengan sepasang kuku chelae). 

Ketam dijumpai di semua lautan dunia; terdapat juga banyak ketam air tawar dan haiwan terestrial, khususnya di rantau tropikal.

 Ketam berbeza dalam saiz dari ketam pea, hanya sedikit milimeter luas, kepada ketam lelabah Jepun, dengan kaki yang mencecah hingga 4 m [1].