Tuesday, 8 April 2014

Pantang Larang Selepas Makan Ketam

Apabila kita sebut ketam pasti ramai yang menelan air liur dan membayangkan keasyikan dan kesedapan isi ketam. Masing-masing semua membayangkan resepi kesukaan mereka. Ketam mempunyai banyak khasiat contohnya seperti kalsium, zat fosforus, zat besi dan vitamin A. Ketam juga mengandungi asid glutamat, asid amino dan zat asid lain yang diperlukan oleh tubuh manusia.


Namun perlu diingatkan di sini bahawa ketika memakan ketam beberapa makanan perlu dihindarkan (dengan kata lain jgn makan bersama) kerana ianya tidak baik untuk kesihatan jika diambil bersama.Antaranya ialah :


1. BUAH PISANG KAKI (PERSIMMON)

Setiap tahun semasa musim menuai ketam, bersamaan pula musim menuai buah pisang kaki. Walaupun musim menuai yang sama, namun mereka bermusuhan semasa dihidangkan di meja makan. Daging ketam banyak mengandung protein, sedangkan buah pisang kaki mengandungi banyak asid tanat (asid yang dapat menghancurkan protein). Jika keduanya diambil serentak, asid tanat dalam buah pisang kaki akan membuat protein yang ada dalam daging ketam beku menggumpal, sehingga sukar untuk dicerna, dan apabila terlalu lama berada dalam usus, gumpalan itu akan meragi dan membusuk, sehingga menyebabkan rasa mual, muntah, sakit perut, cirit birit dan sebagainya.


2. TEH



Kebanyakan orang setelah makan ketam ada yang akan minum teh, mereka menyangka dapat membantu pencernaan. Akan tetapi ia hanya menyebabkan pencernaan terganggu. Minum teh semasa makan ketam akan mencairkan otot perut. Bukan saja mempengaruhi pencernaan dan daya serap, namun juga menurunkan fungsi pembasmi kuman dari dinding perut, sehingga bakteria dapat hidup bebas dalam perut. Selain itu air teh juga mengandungi asam tanat yang sama dengan buah pisang kaki, dan efeknya lebih kurang sama. 



3. BUAH PEAR

Meskipun buah pear adalah ubat untuk mengurangkan kekeringan pada musim gugur, tetapi sewaktu memakan ketam sebaiknya diberi tempoh waktu. Khususnya bagi penderita limpa perut lemah dingin harus lebih memperhatikan masalah ini. Hal ini demikian kerana buah pear adalah makanan yang bersifat dingin, makan bersama dengan ketam yang bersifat dingin , akan melukai limpa perut, mengakibatkan pencernaan terjejas. Dengan alasan yang sama, selepas makan ketam juga tidak sesuai segera minum air berais, makan aiskrim atau minuman dingin yang lain, kerana akan mengakibatkan cirit birit. 



4. DAGING KAMBING


Daging kambing juga tidak baik dimakan beriring hidangan ketam. Hal ini kerana daging kambing bersifat panas, sedangkan daging ketam bersifat dingin. Apabila diambil serentak, tidak saja akan mengurangi fungsi memperkuat dan menghangatkan dari daging kambing, bahkan juga akan mengganggu limpa perut. Dengan alasan yg sama, ketam juga tidak sesuai dimakan dengan ikan keli yang berfungsi memperkuat dan menghangatkan.

2 comments:

  1. Trima kasih. Td makan sup ketam dgn tea o. Skali cirit birit yg melampau. Serik. Trus cari info terjumpa artikal ni.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih,tadi MLM ada makan ketam dan pisang minum susu lagi,eee��apa lagi perut pun meragam dan cirit-birit tadi pagi,,rasa mual dan sakit perut,,

    ReplyDelete